Tips Menarik

loading...

JOM BACA KEHEBATAN KAUM WANITA YANG KAUM LELAKI TIDAK TAHU


Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya. 


Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat. 

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja. 

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita? 

Wanita tercipta dari rusuk lelaki
Wanita itu sayap kiri lelaki
Wanita berhati lembut dan kuat emosi
Wanita itu kaum yang lemah. Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu
Wanita dicipta untuk menjadi ibu
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki

Hebat kan wanita??? 
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita.... 
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 6805771626459278526

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item