Tips Menarik

loading...

PEMANDU AMBULANS MAUT, LAPAN CEDERA DI TANJUNG MALIM


Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.

Beliau berkata lima orang menaiki MPV itu manakala ambulans HKL dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat. 

"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan. 

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini. 

Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57, jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24, manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28. 


Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan rakannya Lum Yoke Moi, 37, serta tiga budak perempuan iaitu Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8, katanya. 

Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL. 

Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Gara-Gara Sales Vincci, Ramai Yang Terjatuh Kerana Rempuhan!

Jualan gudang kasut Vincci yang baru bermula di Glenmarie Shah Alam semalam terpaksa ditutup serta merta gara-gara situasi yang sudah tidak terkawal lagi daripada orang ramai yang sudah mula mengunjun...

Erin Malek Lahirkan Seorang Anak Lelaki, Kembarnya Tak Dapat Diselamatkan

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza, Erin Malek telah selamat melahirkan bayi sulungnya hasil perkongsian hidup bersama seorang ahli perniagaan, Mohamed Farriz Mohamed Fauzy yan...

Budak 11 tahun jadi bidan sambut adik

GEORGIA - AMERIKA SYARIKAT. Siapa sangka, seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun tanpa rasa takut menjadi bidan menyambut kelahiran adiknya.Ibu James Duke, Kenyarda tidak menyangka akan bersalin lebih aw...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item