Tips Menarik

loading...

TUAH SEORANG LELAKI GELANDANGAN BANTU GADIS WALAUPUN DIRI SENDIRI KESEMPITAN DUIT


LANCASHIRE (England): Seorang lelaki gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih£21,000 (RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk membantunya.

Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang. 

Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat. 

Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya. 


Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.

Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Kemewahan Sultan Johor

kereta paling laju di dunia, Bugatti VeyronSultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah salah seorang Sultan di Malaysia yang tidak asing lagi dengan minat terhadap pengumpulan koleksi kereta m...

Tahukah Anda Di Sebalik Kekayaan Sultan Brunei ?

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga ama...

Internet Download Manager IDM 6.21 Build 14 Final Include Crack

Internet Download Manager adalah sebuah alat yang memudahkan kita untuk memuat turun data dari internet atau juga disebut juga dengan istilah “Download”. IDM mempunya banyak kegunaan, diantaranya memu...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item