Tips Menarik

loading...

PENGAWAL KESELAMATAN NEKAD BUNUH DIRI SETELAH TERTEMBAK ADIK DAN SAHABATNYA KETIKA MEMBURU BABI


Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam. 

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang. 

"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain. 

"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Kisah Benar Bayi Mengecut Akibat Lahir Tanpa Saluran Najis

Kisah Benar Bayi Mengecut Akibat Lahir Tanpa Saluran Najis China – Setiap ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka akan membesar dengan sihat dan kuat. Namun bagi satu keluarga di China, mereka...

Seorang Kanak-Kanak Menumpang Belajar Di Bawah Lampu Restoran

"JIKA ianya penting untuk anda, anda akan cari jalan. Jika ia tidak penting, anda akan cari alasan," tertera sebuah kapsyen di atas foto viral yang menunjukkan seorang kanak-kanak yang dilihat sedang...

Gurauan Nur Shafiqa 7 Bulan Yang Lalu Menjadi Kenyataan

Gurauan Nur Shafiqa 7 Bulan Yang Lalu Menjadi Kenyataan Ingat lagi gadis ini? admin terpanggil untuk berkongsi semula kisah beliau di page Kisah Benar, sekadar dijadikan pengajaran dan ikhtibar buat...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item