Tips Menarik

loading...

SAKSI NAMPAK PESAWAT AIRASIA TERBANG RENDAH DAN BERBUNYI BISING DI KUCHING



KUCHING: Terdapat saksi yang menyatakan bahawa mereka ternampak pesawat Airasia terbang rendah dan mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat di Kuching. 

Mereka mendakwa bunyi itu luarbiasa daripada bunyi kebiasaanya. 


Polis Kuching meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai satu entri Facebook berhubung dakwaan terlihat sebuah kapal terbang AirAsia terbang rendah di sekitar Kampung Buntal di sini supaya tampil membuat laporan. 

"Berita berkenaan terdapat sebuah kapal terbang melalui ruang angkasa Kuching yang terbang rendah masih samar-samar. Polis masih menunggu laporan daripada saksi-saksi," kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad. 

Beliau menghantar pesanan itu menerusi khidmat Whatsapp kepada media susulan muncul satu entri Facebook tengah hari ini yang mendakwa terlihat pesawat berkenaan. 

Sementara itu usaha Bernama mendapatkan maklumat mengenai satu-satunya warga Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi ini, gagal.

Kunjungan ke sebuah rumah yang dikatakan kediaman penumpang berkenaan di Taman BDC di sini mendapati rumah itu berkunci dan panggilan tidak berjawab walaupun lampu rumah terpasang.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Air Asia Disaman Kerana Pramugari Jatuh Atas Kaki Penumpang

SINGAPURA - Seorang wanita warga Melbourne memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.Erin Crocker, 36, menaiki pes...

QZ8501: Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tanpa Kepala,Kaki & Tangan

KOTABARU: Satu daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui nelayan Pulau Maradapan, Kalimantan Selatan beberapa hari lalu sudah terjejas teruk.Anggota SAR Pos Kotaba...

Air Asia Disenaraikan Dalam Syarikat Penerbangan Paling Berbahaya

Sudah jatuh ditimpa tangga... itu nasib Kumpulan AirAsia yang kini berdepan berbagai persepsi negatif sejak pesawatnya jenis Air Bus QZ 8501 terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura 28 Di...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item