Tips Menarik

loading...

REKA BENTUK BARU LUAR DAN DALAM TREN LRT 2015, JOM TENGOK


Lima puluh tren enam gerabak atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC). LRV terbabit dijadual diserahkan mulai Disember dan dijangkakan beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015. 

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren. 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah CSR ZELC Lou Chongfu untuk membekalkan LRV terbabit bagi Laluan Ampang, di sini hari ini. 


Tren berkenaan, yang turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk tidak melungsur turun, LCD hiburan berinformasi, dan ruang kerusi roda yang lebih luas, akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih menarik untuk pengguna. 

Purata penumpang kini mencecah 180,000 penumpang sehari. 

Operasi RapidKL LRT Laluan Ampang yang dimulakan pada 1996 dikenali sebagai perkhidmatan STAR-LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002 bersama-sama perkhidmatan PUTRA-LRT yang dijenamakan semula sebagai RapidKL LRT Kelana Jaya.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

FB Murtad Muncul Lagi

Kuala Lumpur: Pengguna laman sosial Facebook (FB) terkejut apabila muncul kembali laman FB menggunakan nama 'Murtad Oghe Kelate' yang mengajak orang ramai meninggalkan Islam.Laman FB murtad itu dikesa...

Teknologi Baru. Pesawat Tanpa Tingkap

Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum.Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan k...

COMEL. Koleksi Gambar Kanak-Kanak Memakai Holloween Costume

Kami telah cuba dapatkan beberapa koleksi gambar kanak-kanak yang memakai Holloween Costume khas buat pembaca Kamera Media. Ada yang comel dan ada juga yang menakutkan. Tapi semuanya kreatif-kreatif.

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item