Tips Menarik

loading...

LAMAN WEB FAM DIGODAM PENGODAM VIETNAM


Kuala Lumpur : Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam, dipercayai ada kaitan dengan kekalahan pasukan negara 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam, malam kelmarin. 

Menerusi kenyataan Facebook FAM menjelaskan, laman mereka sememangnya telah diceroboh dan sedang menyelesaikan perkara ini. 



Bagaimanapun, hanya muka depan laman web itu diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam manakala ikon lain termasuk logo FAM tidak disentuh penggodam. Selain kekalahan pasukan negara, perlawanan malam kelmarin turut dicemari insiden pergaduhan kecil beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam. 

Pemantauan pada laman web FAM yang digodam itu mendapati tertera banyak tulisan yang menggunakan bahasa Vietnam, selain satu ayat dalam Bahasa Inggeris, ‘Bad Play Fans Malaysia’. Susulan masalah itu, laman web FAM ditutup untuk sementara waktu bagi penyelenggaraan. 

Ini bukan kali pertama laman web persatuan itu digodam. Insiden sama pernah berlaku pada 2011 dan 2012 atas beberapa isu termasuk harga tiket perlawanan akhir yang mahal dan melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

MENYAYAT HATI !!! Permintaan Seorang Anak Tidak Dihiraukan, Bapa Menyesal Seumur Hidup

Pada malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus menuju ke meja kerja. Nak siapkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada esok hari di mesyuarat 3 hari...

Kisah Ayam Tanpa Kepala Hidup Selama 2 Tahun

Mike "seekor ayam"  yang boleh hidup tanpa kepala selama dua tahun dan Mike menjadi terkenal di dunia kerana itu. Mike mula menjadi "Ayam Tanpa Kepala" pada 10 September 1945 setelah dipenggal ...

Gambar Di Hari Kematian Pelakon Terkenal P.Ramlee

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu, 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dar...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item