Tips Menarik

loading...

MAYAT LELAKI & PEREMPUAN DITEMUI MATI BERPELUKAN



SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki dan perempuan ditemui oleh orang awam di parit awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pagi tadi, mayat seorang lelaki berusia 20 tahun dan perempuan, 18 tahun dijumpai oleh orang awam yang sering melalui jalan berkenaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur Sungai Besar. 

Menurut laporan awal, mayat kedua-dua mangsa telah dibuang dalam parit itu dan tenggelam selama tiga hari. Punca kematian masih belum diketahui. 

 Difahamkan, kedua-dua mangsa bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini.

UPDATE 

4.25 PETANG 
Mati berpelukan 
Oleh Mohamad Shukor Amin 

Sabak Bernam: Sepasang kekasih yang akan bernikah bulan depan ditemui mati berpelukan dalam tali air di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia Parit 9 Timur, Sungai Besar, dekat sini pagi tadi. 

Mangsa dipercayai lemas dalam tali air itu selepas motosikal dinaiki mereka terbabas semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mayat pasangan itu ditemui 8 pagi tadi oleh orang awam. 

Menurutnya, kedua-dua mangsa menaiki motosikal dan dipercayai terbabas sebelum masuk ke tali air berkenaan ketika hujan lebat semalam. 

Beliau berkata, mangsa dikenali Intan Norliyana Mohammed, 18, dari Parit Changkat dekat sini dan Mohammad Azizul Ariffin, 21, dari Kampung Baru Nelayan. 

Menurutnya, keluarga Mohammad Azizul membuat laporan polis melaporkan kehilangannya 9.30 malam tadi. 

Difahamkan kedua-duanya akan bertunang bulan ini dan mendirikan rumah tangga bulan depan.



loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

JET Peribadi Keluarga Osama Bin Laden Terhempas

LONDON - BRITAIN. Beberapa ahli keluarga Osama Bin Laden terkorban dalam nahas jet peribadi terhempas di selatan England, semalam.Dalam kejadian itu, empat orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang...

Bayi diikat, dilayan seperti anjing?

Antara foto yang tersebar di laman sosial BEBERAPA foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar ...

Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selama dua bulan selepas dia digit nyamuk.

Beijing: Muka seorang lelaki bengkak seperti belon selama dua bulan selepas dia digit nyamuk. Media tempatan melaporkan, mangsa, Zhang, 30, pekerja kilang cetak di Kunshan di wilayah Jiangsu masih...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item