Tips Menarik

loading...

PENGHANTAR SURAT YANG MEMILIKI HARTA BERJUTA


NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak. 

Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. 

Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.

Bagaimanapun, polis yang menyerbu rumahnya menemui bukti dia memiliki hartanah bernilai lebih RM2.5 juta, rangkaian perniagaan, termasuk sebuah ladang, kedai menjual daging dan perniagaan memproses ayam bernilai kira-kira RM1 juta.

Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.

Ketika polis tiba di rumah Narendra di Goverdhan Dham, mereka melihat anggota keluarganya cuba membuang barangan kemas dan wang tunai dengan mencampakkannya ke laman jiran.

Detektif percaya, sepanjang menjadi peon, Narendra bersubahat dengan pegawai kanan yang mereka syaki terbabit dalam kegiatan rasuah lebih besar.

Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.

Bagaimanapun, polis terkejut dengan kekayaan melampau Narendra.

Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: “Sejumlah besar hartanya sudah dinilai. Peti simpanan banknya juga akan diperiksa.

Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya.” - Agensi


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

BUDAK 17 TAHUN INI NAFI BUAT $72 JUTA DARIPADA PERDANGANGAN SAHAM. IANYA HANYA CERITA REKAAN

Bagi orang awam kisah seorang pelajar berusia 17 tahun yang membuat $72 juta dalam perdagangan saham adalah sebuah inspirasi tapi bagi mereka yang berada dalam industri, mereka agak skeptikal dan memp...

JOM BACA RAHSIA KELEBIHAN TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI. (CELAH KETIAK SUAMI)

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21....

REKA BENTUK BARU LUAR DAN DALAM TREN LRT 2015, JOM TENGOK

Lima puluh tren enam gerabak atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC). LRV terbabit dijadual...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item