Tips Menarik

loading...

120 JEMAAH MAUT DAN 270 CEDERA KETIKA SOLAT JUMAAT DI MASJID


KANO, Nigeria: Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan 270 yang lain cedera apabila dua pengebom nekad meletupkan diri mereka manakala beberapa lelaki senjata melepaskan tembakan semasa solat Jumaat di sebuah masjid di Nigeria. 

Serangan terhadap Masjid Besar di Kano, bandaraya di kawasan majoriti penduduk Islam di utara negara itu, dilancarkan ketika solat Jumaat bermula. 

Masjid itu bersambung dengan istana Emir Kano, Muhammad Sanusi II, ulama kedua paling kanan di Nigeria. Minggu lalu, beliau menggesa orang awam memerangi Boko Haram. 

Letupan itu berlaku selepas serangan bom terhadap sebuah lagi masjid di bandaraya Maiduguri dipatahkan, lima hari selepas pengebom nekad membunuh lebih 45 orang. 


Jurucakap polis kebangsaan, Emmanuel Ojukwu memberitahu AFP bahawa pengebom nekad berkenaan meletupkan diri secara berturut-turut sebelum "beberapa lelaki bersenjata menembak mereka yang cuba melarikan diri". Ojukwu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada pengebom nekad berkenaan lelaki atau wanita selepas beberapa serangan membabitkan pengebom nekad wanita sejak beberapa bulan lalu. 

Bagaimanapun, katanya orang ramai yang berang dengan serangan itu membunuh empat penembak dalam kekecohan yang menyusul. 

Saksi menyatakan penembak terbabit dibakar. 

Minggu lalu, Emir Kano memberitahu jemaah masjid sama bahawa mereka patut mengangkat senjata memerangi Boko Haram. 

Beliau juga menyatakan keraguan dengan kemampuan tentera Nigeria melindungi orang awam dan menamatkan darurat itu. - AFP

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

ORANG-ORANG INI RAJIN SOLAT TAPI MALAH MENDAPAT MURKA ALLAH, MENGAPA ?

Rasulullah saw bersabda: “Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allâh, menegakkan shala...

SEBARKAN ! Hotel Terkemuka Ini Jadikan Daging Manusia Sebagai Sajian ! Ada Kaitan Dengan Kes Culik ?

Gambar Hiasan ANAMBRA – NIGERIA. Sebuah restoran hotel ditutup selepas didapati menghidangkan daging manusia sebagai sajian kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit. Sa...

GEMPAR ! Akhirnya Pembunu Amin Beyond Ditangkap ? Ini Rupa Sebenar Pembunuh

Kes pembunuhan aktivis Melayu Pulau Pinang, Syed Amin Jainul Abidin memang benar-bebar menggemparkan negara. Manakan tidak, beliau ditembak berkali-kali pada awal pagi minggu lalu atas sebab yang ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item