Tips Menarik

loading...

ZALIM.ISTERI DIPUKUL OLEH SUAMI SEHINGGA MATI

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Kerisauan seorang ibu secara tiba-tiba rupa-rupanya petanda kematian anak perempuannya di Taman Puchong Utama, di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa, L Kanaga, 25, ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dan badan di rumahnya dipercayai didera sebelum dibunuh oleh suaminya sendiri.

Ibu mangsa, K Maraiee, 56, berkata, kejadian disedari apabila dia berasa tidak sedap hati seterusnya bertindak ke rumah anaknya itu.
“Malam itu saya tidak dapat tidur, saya rasa risau lalu ke rumah dia (mangsa) untuk melihat keadaannya.

“Saya hairan apabila mendapati ramai yang berada di luar rumah sehinggalah keluarga kepada menantu memberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Serdang (HS), semalam.

Katanya, dia kesal kerana tiada sesiapa yang menghubunginya memaklumkan kejadian itu kepadanya sehinggalah datang sendiri ke rumah anaknya itu.

“Sebab itu saya rasa lain, tidak sedap hati. Rupa-rupanya anak saya meninggal dunia,” katanya.

Ibu tunggal itu berkata, mangsa adalah anak ketiga daripada enam beradik dan sudah tiga tahun berkahwin.

“Dia ada dua anak lelaki berusia dua dan enam tahun. Dia memang seorang pendiam, tak banyak cakap. Dia tidak suka kongsi masalah dengan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, menantunya itu kini menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal polis mendapati tiada kesan pecah masuk pada kediaman mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kaku dan kesan kecederaan di bahagian muka dan badan selain bekas kecederaan lama,” katanya.

Menurutnya, polis kini sedang memburu suspek berusia 33 tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

RAZIF SIDEK DEDAH LEE CHONG WEI SUDAH LAMA MENGGUGUNAKAN DADAH DAN KHIDMAT DOKTOR LUAR

Baru-baru ini menjadi viral di Malaysia apabila pemain badminton nombor satu dunia Dato Lee Chong Wei didapati positif menggunakan barang terlarang. Klik di sini untuk lebih lanjutBekas pemain negara,...

BENARKAH JEPUN AKAN MUSNAH DALAM MASA 100 TAHUN LAGI ?

Jepun: Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh.Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu ...

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DIHEMPAP TELEVISYEN

TV yang dipercayai telah menghempap mangsaIPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, ten...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item