Tips Menarik

loading...

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT DIHEMPAP TELEVISYEN

TV yang dipercayai telah menghempap mangsa

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan.

“Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.

“Televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada jam 1.35 petang.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

AKHIRNYA TV PERCUMA DILULUS DI PARLIMEN, BYE BYE ASTRO!!

AKHIRNYA TV PERCUMA DILULUS DI PARLIMEN, BYE BYE ASTRO!! | KUALA LUMPUR – Sejumlah dua juta set “top box” akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan...

KERANA SENTAP AHMAD MASLAN SEBARKAN GAMBAR TERBARU DIA BERJAYA SALAM DAN CIUM TANGAN SULTAN JOHOR PADA JAM 2 PAGI

KERANA SENTAP AHMAD MASLAN SEBARKAN GAMBAR TERBARU DIA BERJAYA SALAM DAN CIUM TANGAN SULTAN JOHOR PADA JAM 2 PAGI | Pada jam itulah Ahmad Maslan ataupun kakitangan dia kemaskini twitter rasmi Ah...

6 TAHUN MENANTI PEMBELAAN

Butterworth: Mangsa serangan asid, Azri Abdullah, 47, yang kini buta dan melecur teruk di muka akibat disimbah cecair itu berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara dan polis selepas kesnya yang ter...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item