Tips Menarik

loading...

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI


GEORGE TOWN - Malang nasib seorang pengawal keselamatan apabila dia ditemui maut setelah terlepas tembakan sehingga mengenai dada kanan ketika hendak mengosongkan senjata di sebuah pejabat keselamatan di Ideal Evenue, Medan Kampung Relau 1, Sungai Nibong di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, M. Pusbanathan, 52, mati di tempat kejadian setelah dia cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut pada senjata jenis pump gun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten komisioner P.R. Gunarajan berkata, sebelum insiden berlaku mangsa yang merupakan seorang duda baru selesai tugasan mengawal keselamatan di sebuah bank di Sungai Dua pada pukul 6.30 petang.

Menurutnya, semasa itu mangsa telah berjaya mengeluarkan empat butir peluru manakala sebutir lagi dikatakan terlekat pada senapang tersebut.
"Mangsa kemudiannya pulang ke pejabat untuk mengeluarkan baki peluru yang masih tersangkut namun malang nasib dirinya apabila dia terlepas tembakan lalu mengenai dada kanannya.
"Siasatan mendapati mati dalam keadaan duduk di atas kerusi dan semasa kejadian ada seorang lagi rakan sekerja di mana mereka sebelum itu hendak mengosongkan senjata dan hendak menyimpan senjata di dalam peti besi di dalam pejabat berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, beliau memberitahu pihak polis turut menahan seorang rakan sekerjanya yang berusia 28 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Viral Kerana Tampal Surah Al-Baqarah Di Kereta Lumba, Siapa Jejaka ‘Japanese Looks’ Ini?

Sekali pandang jejaka ini kelihatan seperti seorang lelaki yang berasal dari Jepun dek kerana rupa parasnya. Tapi percayakah korang Rio Haryanto, pelumba Grand Prix 2  Series ini berasal ...

Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Si Cantik Ini Sebelumnya

Transgender atau mengubah jantina adalah amat dianggap negatif dalam kehidupan moden kini. Kehadiran mereka dicaci bahkan ada yang dipulaukan. Namun mereka ini memilih untuk menjadi transgender bahk...

DUNIA AKHIR ZAMAN ! Penjelasan Sebenar Arak Halal Yg Akan Dijual Di Malaysia

Kemajuan teknologi moden kini mampu menghasilkan Bir tanpa Alkohol dan Bir tersebut telah dipanggil sebagai 'Bir Halal'. Berikutan kontroversi itu, pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata bers...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item