Tips Menarik

loading...

ABBY ABADI TEGUR DAN SEKOLAHKAN USTAZAH DR MASHITAH


Beberapa hari ini di televisyen sahaja penuh dengan ucapan perhimpunan agung UMNO, tidak ketinggalan ucapan Dr Mashitah yang menjadi viral di laman sosial hari ini. 

Hangat apabila perbincangan ustazah ekspres dan juga ustaz ekspres diketengahkan oleh Dr Mashitah. Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menegur banyak golongan artis yang apabila berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres. 

Namun Ustazah Dr Mashitah pula digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.


Video Mashitah kutuk Ustaz dan Ustazah segera

Selebriti, Abby Abadi pula menyekolahkan Dr Mashitah tentang hal ini dan berkata Dr Mashitah harus menegur mereka yang belum berhijrah bukan yang dah berhijrah. 

“Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli. “Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama,” 

“Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan. “Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui,” 

“Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain”. Abby Abadi menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

Ustazah Mashitah juga ada menyentuh pendakwah banyak buat lawak dan jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014. 

Ramai yang tidak setuju apa yang di suarakan oleh Dr Mashitah terhadap ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’. Selepas ini nampak gayanya ramai yang menghentam Dr Mashitah.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

CHEF WAN HENTAM PASANGAN KAHWIN MUDA : "SILAP HARI, KENCING BERSELERAK LAGI !"

Chef Wan telah menyuarakan pendapatnya tentang berita perkahwinan remaja dalam usia yang muda. Paling terbaru adalah perkahwinan Muaz yang berusia 15 tahun.(Baca Sini).Chef Wan ternyata tidak setuju d...

MAHKAMAH SYARIAH KL PENUH KES CERAI, RUMAH TANGGA ARTIS

Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut ada...

KOLEKSI KOMEN WANITA YANG MEROYAN DI INSTAGRAM PEMAIN NO.7 THAILAND

Menjadi trending di laman sosial pada hari ini lebih-lebih lagi pada kaum wanita kerana ketampanan yang dimiliki oleh salah seorang pemain tengah bola sepak Thailand No.7 yang bernama Charyl Chappuis....

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item