Tips Menarik

loading...

BAPA MERTUA PARAH DISIMBAH AIR PANAS OLEH MENANTU


MUAR: Seorang lelaki warga emas cedera parah apabila telah disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini. 

Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. 

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa. 

Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi. 

 Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ.



"Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan,
katanya yang dipetik dari Utusan. 

Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan. 

Beliau turut memberitahu hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai tige rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Gambar Wajah Suspek Sembelih Gadis 17 Tahun Tersebar

Polis menahan seorang lelaki awal pagi tadi, yang dipercayai membunuh seorang remaja perempuan di rumah mangsa di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi. Baca: Mayat Pelajar Perempuan Ditemui D...

Bekas vokalis UKAY ditahan polis kerana memiliki senjata api

Kuala Lumpur: Seorang bekas vokalis kumpulan muzik popular 90an ditahan polis berdekatan Kampung Chubadak, Sentul bersama pistol jenis Walther pada 1.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sentul, A...

TERKANTOI PULAK

   ada org ckp ni dia profile budak sluar belang ni..tpi sy x pastila,tpi klu tgk video n muka dlm profile dia ni mmg sama..SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita dipukul ole...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item