Tips Menarik

loading...

WARGA EMAS MAUT DITUMBUK ANAK SAUDARA


Seremban: Hanya kerana ibu enggan memberi wang, remaja lelaki berusia 21 tahun bertindak menumbuk muka ayah saudarannya hingga mati ketika lelaki itu mahu meleraikan pergaduhan dua beranak berkenaan di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, kira-kira 5.30 petang ini.

Sumber polis berkata, suspek yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke rumahnya untuk meminta wang daripada ibunya. 

Katanya, berang apabila permintaan tidak dipenuhi, suspek yang juga anak sulung daripada dua beradik itu memarahi ibunya sebelum ayah saudaranya yang berada di rumah itu bertindak cuba meleraikan pergaduhan. 

"Berikutan marah mencampuri urusannya, suspek bertindak ganas dengan menumbuk mukanya. Ayah saudaranya yang kebetulan mempunyai sakit jantung mati di rumah berkenaan,katanya.

Menurutnya, melihat ayah saudaranya sudah tidak bernyawa, suspek melarikan diri dengan motosikal. 

"Ketika insiden itu, kejadian disaksikan ibu, adik dan nenek mangsa," katanya. 

Menurut sumber,kes ini masih disiasat.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

PELAJAR SEDANG MENDUDUKI SPM RENTUNG

Keadaan rumah dua tingkat yang terbakarKuala Kubu Bharu: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan abangnya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah ...

KEMALANGAN MAUT BAS EKSPRESS 2 TINGKAT BERTEMBUNG DENGAN KERETA

Bas ekspress 2 tingkat bertembung dengan kereta di Kg Kubang Rusa Merapoh Merapoh pada pukul 3 pagi tadi. Mangsa 1 lelaki maut, 1 wanita cedera dan 2 kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera (kere...

BAYI LAHIR DENGAN DUA PASANG TANGAN DAN KAKI DIANGGAP DEWA

New Delhi: Ribuan orang berpusu-pusu ke Baruipur di Benggala Barat untuk melihat bayi yang dilahirkan dengan dua pasang tangan serta kaki malah digelar 'God Boy' (Budak Tuhan) kerana nampak seperti de...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item