Tips Menarik

loading...

TERKINI. PELAJAR HILANG DITEMUI TELAH MENINGGAL DUNIA


Pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, telah ditemui pada hari ke 4 kehilangannya. 

 Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. 

Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telah pun meninggal dunia. 

 Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 

 Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Bapa Ahmad Rafikin, Azman Othman bersama isteri berkongsi kesedihan atas berita kehilangan anak mereka

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi lewat kerana melalui jalan yang sukar dan licin.

Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.

Jenazah mangsa dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

LUAHAN HATI TENGKU MAHKOTA JOHOR MENGENAI KEKALAHAN JDT SEMALAM

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah berjaya memenangi Piala Malaysia dua tahun berturut-turut.Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pa...

PANAS. Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris Tayang Bulu Ketiak Sebab Bengang Dengan Peminat

Dato’ Aliff Syukri seorang usahawan yang popular dengan tag line nya Terlajak Laris!!. Rasanya semua kenal dengan Dato Aliff dimana popularitinya sudah seperti artis-artis dan tagline 'Terlajak Laris'...

7 Gambar Kemalangan Lori Dan Kereta Di Jalan Lama Lokawi Papar, Kg Lokawi

Kemalangan lori dan kereta di Jalan lama Lokawi Papar, Kg Lokawi Baru pada pukul 2.02 petang 30 Oktober 2014. Mangsa 2 orang lelaki maut ditempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan bertugas ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item