Tips Menarik

loading...

LOLANOPITA (EMAK KEPADA REMAJA OKU) MENGAKU BERSALAH, DIPENJARA 4 BULAN & DENDA RM10,000


SEREMBAN: Setelah hampir 5 bulan kes pengabaian remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, terbongkar, akhirnya ibunya mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 4 bulan dan didenda sebanyak RM10,000 oleh Hakim Kamaruddin. 

Lolanopita Sadi, 40, kelihatan tenang semasa mendengar keputusan Mahkamah Seksyen. 

Hakim menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM6,000 bagi pertuduhan pertama dan penjara tiga bulan dan denda RM4,000 bagi pertuduhan kedua selepas menerima pengakuan bersalahnya. Namun hukuman penjara ditetapkan berjalan serentak bermula semalam. 

Pada 27 Jun yang lalu, Lolanopita membuat pengakuan tidak bersalah. Namun, pada 5 November, menukar pengakuannya kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes itu. 

Mengikut pertuduhan pertama, Lolanopita didakwa sengaja mengabaikan Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga jam 2.30 pagi 21 Jun. 

Lolanopita dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya. 

Bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33c akta sama kerana sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada jam 2.30 pagi, 21 Jun. 

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala Lolanopita pula diwakili peguam Hanif Hassan. - Harian Metro

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Jangan Terkejut Lihat Gadis Cantik Ini Yang Terlalu Taksub Kuruskan Badan

 Ksenia Bubenko is a 20-year-old girl who wanted to lose weight, but after dropping some pounds became obsessed with being as thin as possible. Unfortunately, her extreme weight loss turned into ...

Kisah Cinta Sejati Di Paksa Berpisah Oleh Orang Tua Yang Mengharukan

Kisah percintaan gadis China bernama Yang Nan dengan kekasihnya Yan Hongbo. Ia dipaksa  memutuskan percitaan dengan kekasihnya, yang lumpuh. tetapi ia begitu mencintainya. Yang Nan yang baru...

Jom Lihat Rumah Pelindungan Bayi Yang Di Buang Yang Pasti Buat Anda Sedih

Henan, China. Sejak tahun 1986, Yuan Lihai telah menerima lebih 100 [bayi yang ditinggalkan ]. Sebahagian dari mereka yang dah membesar telah berkahwin dan kerja dan telah meninggalkannya, dan masih t...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item