Tips Menarik

loading...

WHATSAPP KINI MENUNJUKKAN NOTIFIKASI SEKIRANYA MESEJ YANG DIHANTAR ANDA TELAH DIBACA



WhatsApp ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Kami sendiri menggunakannya untuk berhubung dengan teman dan saudara mara. Kemaskini terbaru untuk WhatsApp kini membolehkan anda melihat sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca oleh penerima.
Kini, apabila anda menghantar mesej dan ia diterima penerima, dua tanda right akan diperlihatkan pada mesej, dan sekiranya ia dibaca, pihak WhatsApp akan memperlihatkan tanda berwarna biru.
Ini boleh dikatakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai, sekaligus membolehkan anda mengetahui yang mana mesej anda telah dibaca oleh penerima ataupun sebaliknya.
Sebelum ini WhatsApp hanya menunjukkan notifikasi mesej yang ditulis berjaya dihantar kepada penerima. Kini tiada lagi alasan “maaf sayang saya tak baca lagi mesej yang awak hantar” atau “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi”. Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan dua alasan di atas segeralah menggunakan aplikasi pemesejan percuma yang lain. Jika tidak tembelang akan pecah dan keharmonian perhubungan mungkin akan terganggu. Alternatif kami ialah tidak melakukan kemaskini ke versi 2.11.431. Tetapi ingat alasan “maaf saya belum kemaskini WhatsApp saya” hanya boleh dilakukan hanya sekali. Jadi pandai-pandailah gunakan talian hayat ini.
Kemaskini baru ini hadir secara berperingkat untuk pengguna Android dan iOS seluruh dunia.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 6113600179354350088

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item