Tips Menarik

loading...

MAYAT BERTATU DIJUMPAI DI PERAIRAN PULAU PERHENTIAN


BESUT: Dalam usaha pihak berkuasa mencari kehilangan seorang nelayan Ali Majid, 59, di sekitar perairan Pulau Perhentian Kecil yang masuk hari kelima hari ini, orang ramai dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki bertatu di badan petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mayat lelaki yang ditemui para nelayan kira-kira pukul 2 petang itu terapung-apung di laut, 10 batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil.

"Kita percaya mayat berkenaan yang hampir busuk dan beberapa bahagian badannya telah hancur merupakan warga asing berdasarkan corak tatu bertulisan  yang banyak terdapat di badan mangsa.

"Mayat itu kemudiannya kita bawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat pukul 4.30 petang tadi," katanya kepada Bernama.

Sementara itu operasi mencari nelayan yang hilang dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini diteruskan yang masuk hari kelima.

Petang Khamis lepas, bot kepunyaan Ali Majid telah ditemui orang awam di tengah laut kira-kira dua batu nautika dari Pulau Perhentian Kecil tanpa sesiapa di dalamnya.

Susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh orang awam di Pondok Polis Pulau Perhentian sebelum satu operasi mencari membabitkan pelbagai pihak termasuk Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis dilancarkan sehingga Isnin.

Gambar selanjutnya di bawah:



loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

'PANGGILLAH SUAMI DIA NI, SEMAK DAH DENGAR DARI TADI DOK NAK DADDY, NAK DADDY'

Gambar hiasan. Sumber: Google Images Terbaca kisah orang bersalin di Hospital Kuala Pilah tadi, terus teringat pengalaman saya melahirkan Emran di Hospital Sungai Buloh (HSB). Memang bany...

Kisah Benar ‘Ibadah’ Suami Isteri Jam 3.00 Pagi

Dari facebook Cik Atenn Azlan lkisahnya pukul 3 pagi; Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata.'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak' Aku di...

Terbongkar Bukti Serangan Paris Tempoh Hari Adalah Kerja Israel

Serangan yang berlaku di Paris pada 13 November 2015 yang telah mengorbankan lebih 100 orang sebenarnya adalah kerja jahat MOSSAD dengan bantuan kerajaan Perancis.Mana Buktinya?Buktinya ialah sa...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item