Tips Menarik

loading...

VIDEO BUNG MOKTAR MENYATAKAN ASTRO MENIPU KERAJAAN DAN RAKYAT


Ini bukannya isu baharu kerana ia sering dilaporkan media sejak dahulu. 

Ramai pengguna mempertikaikan perkhidmatan disajikan stesen televisyen berbayar Astro kerana setiap slot diselitkan dengan iklan walaupun semua tahu, sebagai stesen berbayar, 

Astro tidak patut berbuat demikian. Isu tersebut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mukhtar Radin. 

Melalui satu rakaman pada sesi di Dewan Rakyat semalam, beliau mengutarakan pendapat bahawa syarikat tersebut seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.



Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu. 

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat. 

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, 

“Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).” Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Walau bagaimanapun, suasana menjadi gamat apabila Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said berseloroh apabila beliau bertanyakan kepada Bung, 

“Kinabatangan, tak bimbang kah ada pelakon drama kena sekat dari Astro? Nanti tak boleh masuk.” Soalan itu yang ditujukan kepada Bung kerana isterinya merupakan dramatis terkenal tanah air menerima reaksi ketawa daripada Bung dan seisi dewan. 

Bung kemudiannya membalas bahawa rezeki berada di mana-mana dan beliau lebih mengutamakan kepentingan rakyat. 

Mungkin apa yang diujar oleh Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah sampai masanya perlu diteliti. Dan satu perkara yang beliau mungkin terlepas pandang ialah kekerapan program yang sama diulang Astro. 

Sangat menyakitkan hati apabila program sama diulang selama berbulan-bulan. 

Kekadang kasihan lihat bebudak duk ulang tengok kartun yang sama berkali-kali. 

Apa pun alasan Astro, pokok pangkal isu ialah program di stesen berbayar beriklan itu kerap sangat diulang tayang. 

Aduan tentang masalah gangguan siaran setiap kali hujan (kadang-kadang belum hujan baru angin kencang sikit je) pun dah naik berbuih diutarakan pengguna. 

Mintak pihak berwajib agar bertindak segera dan jangan buat-buat pekak dengan rintihan rakyat.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk - Zahid

ALOR GAJAH: Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri...

Makan simen kerana mabuk

< 1 / 1 > GARA-gara berada dalam keadaan mabuk, seorang lelaki dari Nanjing di wilayah Jiangsu, China, bertindak memakan simen konkrit yang berada di dalam pasu selepa...

Dua Remaja Digantung Sampai Mati Kerana Tidak Berpuasa

DAMSYIK - SYRIA. Dua remaja di Syria digantung selepas didakwa makan pada waktu siang hari ketika Ramadan, menurut kumpulan pemerhati hak asasi manusia, kelmarin.Penduduk di perkampungan May...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item