Tips Menarik

loading...

GAMBAR TIGA BERANAK MAUT PERODUA ALZA BERTEMBUNG TRELER


Dungun : Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) - Pasir Raja di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi. 


Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengorbankan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu Rizal Zhafri Ibrahim, 22, adik perempuannya Suliana Ibrahim,18, dan bapa mereka Ibrahim Salim, 67. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah treler balak.



Semua mangsa yang parah di bahagian kepala, dada, tangan dan kaki, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. 

Sepasukan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba AMBS terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika ditemui di Hospital Dungun, mengesahkan kejadian itu.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

ISTERI MENGAKU BERZINA DENGAN AYAH KEPADA 4 ORANG ANAK. BERKENALAN DI WECHAT

Salam,Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jat...

PUNCA SEBENAR "KUCING DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI" DI SIBU

SIBU - Selepas terselamat dari insiden serangan pada Oktober lalu, seorang ahli perniagaan lelaki sekali lagi menerima kejutan berbaur amaran bilamana seekor kucing hitam digantung sampai mati di depa...

BENGANG! SIKAP KURANG AJAR STAFF DI HOSPITAL ALOR SETAR KEDAH YANG MELAMPAU.

Seorang pengguna hospital Alor Setar Kedah mendedahkan sikap kurang ajar yang dimiliki oleh seorang staff di situ. Oleh kerana terlampau bengang, pengguna tersebut telah mengambil gambar dan memuatnai...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item