Tips Menarik

loading...

BUDAK NAIK BASIKAL BALIK RUMAH SELEPAS DIGIGIT JERUNG


SYDNEY: Seorang budak lelaki 13 tahun yang digigit seekor jerung semasa meluncur di pantai dekat Mandurah, 85 kilometer dari Perth, berbasikal balik ke rumahnya dan bersarapan sebelum pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, lapor portal berita Perth Now. 

Cameron Pearman, pelajar Tahun 8 di Kolej Katolik Mandurah, berkata beliau mahu makan roti kismis sebelum ibu bapanya membawa dia ke hospital selepas insiden pada pukul 6 pagi itu. "Saya sangat lapar. Saya hendak roti kismis sedikit," kata Cameron seperti dipetik oleh portal berita itu.

Budak itu mengalami luka kecil pada kaki kanannya dan dirawat oleh seorang anggota penyelamat pantai, sebelum dia menunggang basikal untuk balik ke rumah, lapor agensi berita dpa. 

Apabila dia tiba di rumah, bapanya tidak percaya yang anak lelakinya itu diserang oleh seekor jerung sebaliknya memikirkan anaknya itu terjatuh basikal. 

Menurut Cameron, ikan jerung yang dipercayai berukuran 2.25 meter menyerangnya dari belakang dan dia cuma nampak "kepala besar berwarna kelabu." 

Menurut budak lelaki itu, insiden tersebut tidak menakutkannya untuk turun lagi ke laut, sebaliknya dia akan terus meluncur seawal-awalnya pada Ahad. 

Pihak berkuasa pantai kemudian menutup pantai tersebut daripada dikunjungi orang ramai sehingga 6 pagi Ahad waktu tempatan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Guru Tampil Dedah Cerita Sebenar Kes Murid Gunting Lidah

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik. Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik leb...

GEMPAR!! Rupa-Rupanya Ini PENGAKUAN SEBENAR Murid Yang Dipaksa Potong Lidah Sendiri!

KLANG – Dalam satu kejadian buli yang disifatkan paling tragis pernah berlaku, seorang murid tahun dua, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, dipaksa memotong lidahnya sendiri di sebuah sekolah rendah di ...

GEMPAR!!! MH370 TERDAMPAR DI KEPULAUAN DAJJAL? PASUKAN KHAS TELAH BERGEGAS KE LOKASI TERSEBUT!!

London: Seorang pemburu UFO mendakwa menemui bangkai pesawat dalam laut melalui imej satelit Google Earth berusia lapan bulan berkemungkinan pesawat MH370.Scott Waring percaya bayangan dalam imej be...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item