Tips Menarik

loading...

PEMBUNUH OSAMA BIN LADEN AKHIRNYA MEMBUKA TOPENG


PORTAL berita Mail Online dalam laporan eksklusifnya mendedahkan nama seorang anggota tentera elit yang bertanggungjawab membunuh individu paling dikehendaki di dunia iaitu Osama bin Laden.


Rob O'Neill yang bakal ditemubual oleh saluran televisyen Fox News pada akhir bulan ini didedahkan identitinya oleh Mail Online selepas portal itu terlebih dahulu menemubual bapanya.
O'Neill, 38, yang dianggap sebagai hero bakal menamatkan perkhidmatan sebagai tentera setelah berkhidmat selama 16 tahun.


Dia merupakan bekas tentera dari unit SEAL dan bertanggungjawab membuat serbuan di tempat persembunyian Osama di Abbottobad, Pakistan pada 2 Mei 2011.

Dalam serbuan itu, O'Neill dikatakan telah melepaskan tembakan tepat di dahi Osama untuk membunuh pemimpin yang didakwa bertanggungjawab terhadap insiden 9/11.


Bapa anggota tentera itu, Tom O'Neill yang ditemubual Mail Online berkata,"Ramai orang bertanya kepada saya, adakah kami tidak bimbang dengan kedatangan kumpulan militan Isis (Negara Islam Iraq dan Syria) selepas Rob menjadi orang awam.

"Saya berkata telah meletakkan tanda di pintu supaya mereka (Isis) datang untuk mendapatkan kami."

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Jamal Abdillah Akui Hanya Bergurau, Orang Ramai Salah Tafsir

Tidak mahu sesetengah pihak menghentam Nabil Ahmad selaku pengacara Gegar Vaganza baru-baru ini, Jamal Abdillah menyifatkan ramai yang salah sangka terhadap gurauan yang dibalasnya itu. “Ja...

Normah Damanhuri: Saya Buka Tudung Pun Kerana Mahu Cari Rezeki

Kenyataan pelakon yang membuka tudung kerana kerja bukan satu kenyataan popular di kalangan peminat dan pastinya ia bakal mengundang kritikan ramai yang kurang senang dengan mereka yang sesuka hati ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item