Tips Menarik

loading...

PUTUS TANGAN AKIBAT CUBAAN MEROMPAK.PARANG MAKAN TUAN

Gambar hiasan

Seremban: Seorang penyamun warga Myanmar putus tangan kanan akibat dilibas mangsanya dalam kejadian di Taman Sikamat Utama, di sini, kira-kira 3.30 pagi ini. 

Kejadian bermula apabila sekumpulan empat suspek mahu memecah masuk rumah suami isteri yang juga warga Myanmar dan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR). 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek memecah masuk melalui tingkap di ruang tamu sebelum menendang pintu bilik menyebabkan mangsa berusia awal 40-an dan isteri berusia 30-an terkejut. 

"Mereka kemudian meluru ke arah mangsa dan menumbuk mukanya bertubi-tubi dan merampas rantai dipakai isteri mangsa. Mangsa kemudian melawan tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan. "Bagaimanapun, mangsa kemudian berjaya merampas parang dipegang seorang daripada suspek lalu melibas ke arahnya menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus," katanya ketika dihubungi. 

Menurutnya, hasil laporan, polis menjalankan siasatan dan menemui suspek yang cedera di dalam semak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa manakala tiga lagi suspek melarikan diri. Muhamad Zaki berkata, lelaki terbabit kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1904169381434236182

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item