Tips Menarik

loading...

NAJIB: "JANGAN ULANGI KESILAPAN MAHATHIR..."


Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua perwakilan dan ahli parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahthir Mohamad suatu ketika dahulu. 

“Saya masih ingat lagi beberapa kali Tun Mahathir dalam perhimpunan ini sebut mengapa dia kalah dahulu. 

“Dia terangkan bahawa dalam pertandingan satu lawan satu kalau dicabut 3,000 undi daripada kita, diberi kepada pembangkang 3,000, defisitnya bukan 3,000 tetapi 6,000 ribu. 

“Sebab itulah dia kata dia kalah kerana undi orang Melayu tidak cukup hendak ditampung.

“Masa itu dia terkeluar ayat bahawa dia tidak perlu kepada undi Cina, (sebab itu) dia kalah, itu satu pengajaran kepada dia,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC), lewat petang Sabtu. 

 Kenyataan Dr Mahathir merujuk kepada Pilihan Raya Umum tahun 1969, di mana beliau tewas kepada calon PAS, Yusoff Rawa dengan majoriti 989 undi selepas membuat kenyataan bahawa beliau tidak memerlukan undi orang Cina untuk mempertahankan kerusinya. 

Najib selanjutnya mengajak warga UMNO melihat semula sejarah mengapa mantan presiden parti itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussien menubuhkan parti Perikatan yang kemudiannya dinamakan Barisan Nasional (BN). 

Ia adalah kerana walaupun Melayu adalah kaum majoriti di negara ini, UMNO masih memerlukan sokongan daripada kaum lain untuk memenangi pilihan raya, Najib menjelaskan.

“Tengok baru-baru ini di Pengkalan Kubor berapa banyak kita menang, tambah majoriti? “Saya tanya undi orang Siam berapa? Dia kata 1,700 lebih. Kalau 1,700 pindah kepada PAS, tersungkur rebah kita. 

“Orang Siam tidak ramai tetapi bila 1,700 pindah sebelah sana defisitnya 3,400, inilah yang dikata jangan menang sorak kampung tergadai,” kata Perdana Menteri itu. 

Sehubungan itu Najib menegaskan adalah penting UMNO terus menjaga BN untuk terus berkuasa sebagai mengulas hujah daripada ramai perwakilan, termasuk dari ketiga-tiga sayap, yang mengecam kaum Cina yang merosot sokongannya kepada BN. 

Malah ada yang seolah-olah angkuh mengatakan UMNO tidak perlu lagi berkerjasama dengan masyarakat Cina. 

“Ada wakil kata, kita tidak perlu undi orang Cina. Pakailah akal sikit. “Sebab itu penting bagi kita menjaga BN tetapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu.

“Bukan sahaja soal pilihan raya tetapi kita hendak membina sebuah negara Malaysia menjadi negara bangsa yang berjaya, ini hasrat kita,” ujarnya. - SUARATV

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Pengulas Sukan, Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Datuk Hasbullah Awang disahkan meninggal dunia hari ini setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).Berita lanjut bakal menyusul selepas ini. Marilah bersama-sama mensedekahkan bacaan Al...

GEMPAR!! AKIBAT UPLOAD GAMBAR DI FB, POLIS MEMECAH MASUK KE DALAM RUMAHNYA

 GEMPAR!! AKIBAT UPLOAD GAMBAR DI FB, POLIS MEMECAH MASUK KE DALAM RUMAHNYA | Pihak polis memecah masuk kerumahnya dan cuba mencari bom mortar yang dilihat pada gambar ini….dan pihak polis t...

ANTARA MISTERI KEHILANGAN KAPAL TERBANG YG BELUM JUMPA SAMPAI SEKARANG

KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.Dengan peralatan canggih p...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item