Tips Menarik

loading...

TERKINI : BENARKAH PENUMPANG QZ8501 SUDAH PENGSAN SEBELUM PESAWAT TERHEMPAS?


Perubahan tekanan udara yang drastik mungkin menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah pengsan sewaktu ia terjunam dari ketinggian 32,000 kaki ke atas permukaan laut.

Andaian itu dibuat oleh bekas Jeneral Perhubungan Udara, Budhi M Suyitno menerusi laporan Detiknews.com, hari ini.

Menurutnya lagi, tidak mustahil ada juga yang sudah meninggal dunia di saat pesawat itu masih lagi di udara.

Budhi turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai beberapa mayat yang kelihatan sempurna ketika ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

“Mayat yang terapung itu kelihatan sempurna di luarnya, tetapi di dalamnya sudah cedera teruk. Kalau jatuh dari ketinggian 60 meter itu sama dengan impak 9 G yang bermaksud sembilan kali berat badan anda,” jelasnya.

Penjelasan itu diharap dapat melegakan sedikit hati keluarga penumpang yang mungkin membayangkan ketakutan yang dialami oleh mangsa sebelum terhempas.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

TWEET TERAKHIR PRAMUGARA AIRASIA QZ8501 YANG MENYAYAT HATI BUAT ISTERINYA

Tweet terakhir pramugara pesawat AirAsia QZ8501 Oscar Desano ialah ‘’ I love you now and then, till death do us part’’ untuk sambutan hari jadi isterinya di laman Path. Bersama gambar sambutan it...

SUSULAN PENEMUAN QZ8501 40 MAYAT DIBAWA KELUAR DARI LAUT

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501. Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata an...

SAKSI NAMPAK PESAWAT AIRASIA TERBANG RENDAH DAN BERBUNYI BISING DI KUCHING

KUCHING: Terdapat saksi yang menyatakan bahawa mereka ternampak pesawat Airasia terbang rendah dan mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat di Kuching. Mereka mendakwa bunyi itu luarbiasa daripada bu...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item