Tips Menarik

loading...

Netizen Bengang Pembunuh Kanak-Kanak 3 Tahun Hanya Dikenakan Hukuman Penjara


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari, 3 tahun iaitu anak teman wanitanya.

Panel lima hakim yang diketuai Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, membuat keputusan itu selepas selesai mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tertuduh sebelum ini terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan sabitan bagi kesalahan membunuh terhadap tertuduh adalah tidak selamat berikutan terdapat keraguan siapa menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak itu.

Mohd Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira, di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini, pada 6.30 petang, 25 Februari 2010.

Bagi perbuatan itu dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Akibat daripada keputusan mahkahmah, ramai rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan tidak puas hati kerana menganggap hukuman yang diberikan adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang penjenayah ini lakukan. Lihat luahan rakyat di bawah.





loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1607817834223559699

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item