Peminat Rindukan Penyanyi Dandut Amelina Sehingga Menangis
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/peminat-rindukan-penyanyi-dandut.html
Terharu, itulah dirasai Amelina, 41, apabila ramai peminat masih mengenali dan menyerbunya apabila menjayakan persembahan dianjurkan Negeri FM, di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Ada antara mereka datang memeluk, menggoncang tubuhnya dan bertanya sambil menangis mengapa dia menghilangkan secara tiba-tiba dari industri muzik tempatan.
Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin berkata, tidak sangka sampai begitu sekali reaksi peminat apabila dapat bersemuka dengannya sewaktu menjayakan persembahan itu.
Katanya, mereka terkilan apabila dia meninggalkan industri tiba-tiba dan kini muncul kembali. Amelina yang pernah digelar Ratu Dangdut mula jadi tumpuan apabila muncul sebagai artis undangan Gegar Vaganza dan baru-baru ini di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).
Sebagai penyanyi, Amelina tidak sangka peminat masih terus menyokongnya walaupun pelbagai dakwaan negatif diterima menyebabkan dia ragu-ragu untuk kembali aktif.
"Situasi itu menunjukkan betapa besarnya impak apabila saya membuat keputusan meninggalkan dunia nyanyian. Seorang peminat wanita datang memeluk erat sambil menangis. Dia bertanya mengapa saya meninggalkan dia dan industri muzik.
"Suami seorang peminat memberitahu, dia terpaksa membawa keluarga datang menyaksikan persembahan saya kerana isterinya meminati saya sejak usia 14 tahun dan dia sekarang berusia 30-an," katanya.
Amelina terharu kerana situasi itu membuatkan dia kaget, terharu dan sama-sama menangis. Malah mereka saling memujuk agar situasi kembali tenang.
"Itu belum lagi situasi peminat memuat naik di Instagram saya menangis dan meminta saya tidak lagi meninggalkan mereka.
"Apabila melihat situasi itu, saya seperti menyesal membuat keputusan berhenti menyanyi. Saya ingatkan apabila selepas berbelas tahun tidak muncul, orang sudah tidak ingat rupa-rupanya tindakan saya itu meninggalkan impak besar. Tanggapan saya, siapalah saya untuk orang sayang," katanya.
Menurutnya, sebelum ini banyak dakwaan dariÂpada mereka yang membencinya mengatakan dia sudah berusia dan dangdut sudah tidak laku.
Ibu enam anak itu mengakui kenyataan negatif itu membuatkan dia mempersoalkan sama ada keputusan itu tepat dan betul.
"Apabila ada peminat menangis dan memeluk saya dan menyatakan rasa rindu mereka kepada bakat saya, membuatkan saya bersyukur.
"Reaksi ditunjukkan itu membuatkan saya terus bersemangat. Lebih-lebih lagi ramai peminat menyatakan mereka akan sentiasa mendoakan kejayaan saya dan perkara itu membuatkan saya rasa terharu kerana siapalah saya orang hendak doakan sampai begitu.
"Rupanya ramai lagi yang sayangkan saya dan saya tidak akan sia-siakan peluang kedua ini,"katanya.
Berkongsi serba-sedikit mengenai perancangan kerjayanya, kata Amelina single pertamanya kini dalam proses dan pelancarannya akan diadakan bersama dengan pengumumannya sebagai duta salah satu produk kesihatan dan kecantikan.
"Sebaik saja pengumuman dan pelancaran single terbaru itu dibuat, dalam waktu sama saya akan terus masuk studio menjalani rakaman single kedua bersama dengan syarikat rakaman Wake The Baby milik Ajai, saya akan muncul dengan album mini," katanya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI