Penjawat Awam Buat Overtime Diserang Juruteknik Bangunan Di Putrajaya
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/penjawat-awam-buat-overtime-diserang.html
PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam wanita, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam tadi, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI