Tips Menarik

loading...

[Gambar] Ajal 4 Wanita Terlibat Dalam Kemalangan


MELAKA: Empat wanita maut selepas sebuah kereta jenis Proton Perdana  berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil  yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana itu dipercayai telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.

Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua  mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.

Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.

Lelaki berkenaan cedera di mukanya dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang berada di dalam kereta Preve hanya mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, laporan awal yang mendakwa kereta Proton Perdana terbabit sedang diburu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ ketika kemalangan didapati tidak benar.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

PEGAWAI POLIS DITEMUI MATI DALAM TANDAS IBU PEJABAT POLIS BALING DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

Baling: Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) maut dengan kesan tembakan di kepala di bilik air di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, di sini, hari ini.Sumber polis berkata, mayat koperal lelaki berus...

MENGERIKAN, MISTERI KEHILANGAN SEORANG LELAKI SETAHUN YANG LALU TERJAWAB

Keningau: Misteri kehilangan seorang lelaki hampir setahun lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam gaung di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis, di sini, hari ini.Rangka Sharif Marzuki, 28, ditem...

HASRAT MURNI REMAJA DARI GOMBAK BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN TAK KESAMPAIAN, TERBUNUH DALAM PERJALANAN

Berikut adalah kisah yang menyedihkan mengenai seorang anak muda yang berhasrat untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.Remaja dari Gombak bersama rakannya itu telah terbunuh kerana motorsikal yang d...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item