Tips Menarik

loading...

Rakan Dedah Rahsia Pengalaman Bekerjasama Dengan Zamani Slam



Semenjak Zamani SLAM ditahan kerana disyaki terlibat dalam dadah, nama SLAM secara tidak langsungnya kembali disebut dan boleh dikatakan lagu-lagu kumpulan Pop ini mula didengari di mana-mana. 

Amar, salah seorang rakan Zamani, mendedahkan pengalamannya bekerjasama dengan bekas vokalis kumpulan SLAM itu dan banyak perkara mengenai Zamani yang kita tidak pernah tahu. 

Pengalaman saya bekerjasama dengan Zamani Slam

Saya pernah terpilih top 10 dalam pertandingan lagu puisi peringkat kebangsaan anjuran Dewan Bahasa & Pustaka dalam tujuh tahun lepas. Saja-saja masuk sebab bosan. Setiap peserta perlu cari seorang penyanyi profesional untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka. Setiap finalis dibayar RM2,000 dan penyanyi juga dibayar RM2,000. Walaupun boleh menyanyi sendiri tetapi saya memilih Zamani Slam untuk menyanyikan lagu saya yang berjudul 'Merindu Alam'. Ramai penyanyi terkenal terlibat seperti Siti Sarah Raisudin, Roy dan lain-lain. Sepanjang berlatih bersama Zamani, ini penglaman saya dengan dia;

1. Dia sangat bangga dengan nama panggilan Zamani Slam sebab bunyinya seakan-akan Zaman Islam. Dia tidak pernah bercakap benda-benda yang mengarut dan bukan-bukan sepanjang saya bekerjasama dengannya.

2. Dia seorang yang sangat merendah diri. Bukan sengaja merendah diri tetapi memang rasa dirinya rendah. Maka dengan itu dia gemar duduk di rumah dan tak suka keluar berjalan.

3. Walaupun begitu, sewaktu rehat sesi rehearsel dia mengajak saya duduk semeja makan bersama pihak penganjur walaupun dia tak bersembang pun dengan orang di meja. Katanya takut orang sangka kita sombong. Sekurang-kurangnya kita join mereka makan.

4. Pada ketika itu, dia memakai kereta Proton Wira dan dia bangga sebab keretanya dah habis bayar dan tidak berhutang.

5. Dia sangat-sangat mengagumi suara Jamal Abdilah walaupun suaranya pun hebat juga. Walaupun pada program itu Jamal Abdillah pun ada sebagai penyanyi persembahan selingan, dia tak berbual pun dengan Jamal Abdilah. Sekadar tegur bersalaman. Segan katanya.

6. Kami kalah dalam pertandingan tersebut walaupun mendapat RM4,000. Zaman tawar hantar saya pulang ke rumah menaiki keretanya (entah kenapa saya pergi ke pertandingan itu menaiki teksi. Mungkin malas nak cari parking di tengah-tengah Kuala Lumpur). Di dalam kereta kami berbual panjang. Dia mengeluh, katanya dulu dia ingatkan hidupnya akan gilang gemilang dan kaya raya. Tapi pada ketika itu show kurang dan hidupnya cukup-cukup makan sahaja.

7. Selepas sampai ke rumah, dia memeluk saya sebelum beredar.

Motivasi: Allah mengangkat manusia dengan pelbagai cara. Sekarang nama Zamani kembali naik dek kerana isu rakaman video menyanyi dalam keadaan bergari yang viral baru-baru ini.

Ramai yang mula mengingati Zamani dan lagu-lagunya semula. Balasan kepada seorang yang merendah diri, tak sombong, tak bercakap besar dan pemurah. Selalunya kalau begini keadaannya, memang jemputan show akan datang mencurah-curahlah jawabnya. 

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hiburan 1671729324634240595

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item