Tips Menarik

loading...

Fazura Menjelaskan Kritikan Itu Ditujukan Bukan Kepada Zizan Sahaja Tetapi...


Awal minggu ini kecoh dunia hiburan apabila satu kemaskini Twitter oleh Nur Fazura dikatakan luahan perasaan selebriti itu terhadap Zizan Razak selepas pelawak itu seakan ‘biadap’ mencelah ketika beliau memberikan komen di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Zizan Razak sendiri juga melalui laman sosial telah memohon maaf kepada semua yang terguris dengan kata kata beliau ketika berada di atas pentas juga dalam temubual terbaru, Nur Fazura sendiri mengakui ketidakwajaran pelawak itu mencelah kata katanya.

“Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen,” ujar Fazura kepada Mangga Online hari ini.

“Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri”

“Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,” tambah bintang Facing Up to Fazura ini lagi.

Beliau juga berkata yang status kontroversi tersebut bukan sahaja untuk mereka yang terlibat namun untuk dirinya sendiri juga kerana sepopular mana pun seseorang itu, beliau masih seorang manusia biasa yang perlu belajar dari kesilapan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

VIDEO LELAKI GAGAH. KAHWIN SEBANYAK 62 KALI, MAKAN BARA API, RUMPUT, DAGING MENTAH DAN KACA

Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah.Lelaki i...

VIDEO MAT YO SOMBONG TIDAK MELAYAN WARTAWAN ASTRO ARENA YANG INGIN MEMBUAT TEMU RAMAH TERSEBAR

Berikut merupakan video Mat Yo atau nama sebenarnya shahrul Idlan Talaha yang bersikap sombong dengan wartawan Astro Arena yang ingin menemubual beliau. Kejadian ini dipercaya berlaku pada hari m...

DR ASRI MAHU ANWAR TINGGALKAN NEGARA DAN BERSARA DARI POLITIK

Kuala Lumpur – Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata kadang-kadang beliau mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negara dan tidak lagi campurtangan dalam urusan politik n...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item