Tips Menarik

loading...

Suami Sanggup Seludup Isteri Dalam Beg Pakaian Kerana Gagal Dapat Visa


LONDON - Seorang lelaki warga Latvia cuba menyeludup isterinya dalam sebuah beg pakaian untuk memasuki Britain setelah permohonannya untuk mendapatkan visa ditolak.

Bagaimanapun, perbuatan Bogden Croitor terbongkar selepas keretanya ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di pelabuhan di Dover, Kent. 

Pihak Imigresen yang curiga dengan beg pakaian itu terkejut menemui isteri lelaki itu di dalam beg berkenaan.

Difahamkan, Croitor, 30, dibenarkan tinggal di United Kingdom, namun isterinya warga Moldova gagal mendapatkan visa untuk memasuki negara itu.

Menurut Croitor, ketika berada di Calais di utara Perancis untuk menghabiskan hujung minggu bersama isterinya Oktober lalu, wanita itu mengesyorkan supaya dia bersembunyi dalam beg pakaian berkenaan.

Peguam Croitor, Natasha Spreadborough memberitahu Mahkamah Canterbury Crown, isteri anak guamnya sudah berulang kali memohon visa tetapi ditolak.

Croiter dihukum penjara 14 bulan yang ditunda selama dua tahun serta kerja kemasyarakatan tanpa gaji selama 100 jam di samping membayar kos mahkamah sebanyak £400 (RM 2,185). - Agensi

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

WHATSAPP KINI MENUNJUKKAN NOTIFIKASI SEKIRANYA MESEJ YANG DIHANTAR ANDA TELAH DIBACA

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Kami sendiri menggunakannya untuk berhubung dengan teman dan saudara mara. Kemaskini terbaru untuk WhatsApp kini membolehkan anda meliha...

TERKINI ! BANJIR LUMPUR DI CAMERON HIGHLAND, 2 MAUT, 20 RUMAH MUSNAH

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.Usaha untuk mengesan dua mangsa yang diperca...

MENYERAMKAN. KOLEKSI PATUNG-PATUNG YANG BERHANTU DI SELURUH DUNIA

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda koleksi patung-patung yang berhantu di seluruh dunia.1. KATJABoneka ini berasal dari Russia dan usianya dikatakan ratusan tahun yg kononnya dibuat sekitar tahu...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item