Tips Menarik

loading...

Bayi 2 Tahun Maut Dipaksa Makan Serbuk Cili Oleh Ibunya


Baru berusia dua tahun namun seorang bayi disumbat dengan serbuk cili sebagai hukuman. Itu perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang wanita, mengakibatkan bayi berkenaan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, Amanda Sorensen, 21, ditangkap atas tuduhan mendera kanak-kanak tersebut yang juga anak kepada teman lelakinya.

Biarpun bayi berkenaan dikejarkan ke hospital, namun doktor gagal merawatnya selepas bayi berkenaan mengalami serangan jantung.

Menurut doktor, salur pernafasan bayi itu membengkak selepas dia dipaksa makan serbuk cili berkenaan, sekali gus menyebabkan dia mengalami serangan jantung.

Serbuk cili tersebut juga mengakibatkan tisu-tisu dalam badannya terbakar.

Dalam pada itu, jiran-jiran memaklumkan mereka tidak mengesyaki apa-apa dan tidak melihat sesuatu yang mencurigakan terhadap pasangan berkenaan.

Namun jiran sering melihat kanak-kanak dan remaja sering masuk dan keluar berkenaan.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada bayi sekecil itu,” kata jiran mereka Patricia Amado.

Sorensen kini ditahan di lokap dan dijangka dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

'HANG MAI SINI BUAT APA? PERGILAH BUAT IC DI BALAI POLIS DAH NAK SANGAT DENGAR CAKAP POLIS' - PEGAWAI JPN

Kes petang tadi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Petani. Dua minggu lepas, aku pergi JPN nak buat MyKad sebab kena ragut. Aku dapat kaunter nombor tujuh. Nama pegawai dia...

Sayu : Selalu nya saya jaga Qayyum .. masa kejadian saya ada urusan tidak dapat jaga nya - Nenek

JOHOR BAHRU :  Seorang bayi lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran PPR Sri Stulang, Jalan Bakar Batu-Permas, di sini, semalam. Mangsa, Mohammad Qayyum Mohd Saffari yang d...

Berpakaian Seksi, Peminat Minta Tasha Shilla Segera Kembali Ke Pangkal Jalan

Kami pun tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh Tasha Shilla apabila sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup mencolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item