Tips Menarik

loading...

Tindakan Awie Untuk Berbincang Sudah Terlambat


Rozana, 37, berkata, Awie sepatutnya berbincang perkara itu lebih awal dan bukannya selepas mahkamah membuat keputusan mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang diperolehi vokalis Wings itu.

“Lepas keputusan sudah keluar, baru hendak bincang dan semuanya sudah terlambat. Selepas aib saya dib0g3lkan, saya tak nampak jalan untuk berbincang. Saya akan ikut undang-undang negara kita selepas ini.

Jika sijil nikah kami didapati tidak sah, saya akan buat laporan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk tarik balik surat beranak anak-anak.


“Terpulanglah kepada Awie, dia yang kena ambil tindakan dalam hal ini untuk bersihkan nama tiga anak selepas dia tuduh saya yang aibkan anak-anak. Patutnya dia bincang dari awal, dia pernah berlagak bila abang saya minta selesai secara baik pada awalnya. Dia kata cakap dengan peguam saya,” katanya kepada ketika ditemui di luar mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Sebelum itu, Rozana berjaya mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang sebelum itu diserahkan kepada Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47.

Tiga anak hasil perkahwinan mereka itu ialah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. Awie turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000.

Sementara itu, pada sesi penghujahan yang berlangsung pada Selasa lalu, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ukay Perdana Ampang di sini.

Barang-barang berkenaan seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha. Mengulas tentang amalan khurafat dan syirik tersebut, Rozana meminta masyarakat menilai tuduhan itu secara rasional dan adil.

“Ikut logik, kalau selepas saya keluar rumah baru jumpa benda tersebut, fikir sendirilah, dia mungkin dalam keadaan terdesak, kalau saya ditempat dia, anak khinzir pun saya boleh letak bawah bantal. Saya tidak kisah pun, dari awal dia sudah aibkan saya. Tapi keputusan hari ini (semalam) telah membuktikan siapa benar dan siapa salah.

“Saya bawa saksi yang sah ke mahkamah untuk beri keterangan tapi dia setakat cakap-cakap dan buat tuduhan serta tidak ada saksi,” jelasnya.

Ditanya persepsi masyarakat yang mungkin ada mempercayai tuduhan itu dan bagaimana dia menghadapi situasi itu, Rozana menegaskan dia tidak hidup dipuji dan tak mati dikeji.

Pada masa sama, Rozana turut mengakui tidak pernah menelefon Awie untuk melawat anak-anak selepar keluar dari rumah pada tahun lalu namun hanya menelefon anak kedua mereka.

“Bagaimanapun nombor anak saya itu sudah disekat dan saya juga pernah menelefon sekolah mereka tapi pihak sekolah memaklumkan Awie telah buat surat untuk tidak benar saya telefon atau jumpa anak di sekolah,” katanya.--MalaysiaGazette


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Mohon Bantu Share Ya!! Segera Lakukan Ini Jika Digigit Ular Atau Tertusuk Paku

Penting, anda wajib tahu !!! kita sering mendengar bahawa ada orang yang meninggal dunia kerana dipatuk ular, kala jengking, lipan, atau bahkan hanya kerana terkena paku berkarat. Kejadian seper...

Hanya Kerana Mengatakan Muka Anak Rita Rudaini Seperti Zaquan, Perempuan DIMAKI Rita

Mungkin niat ingin bergurau kadang-kadang boleh disalah erti kan dan tidak kena tempat. Baru-baru ini seorang individu memberi komen di Instagram Rita Rudaini. Komen itu jelas membuat follower...

Ustaz Kazim Ingin Mohon Ampun Maaf Dunia Akhirat 23 Jam Yang Lalu Mari Kita Sama-Sama Maafkan Beliau.

23 Jam Yang Lalu, Kembali Sakit, Ustaz Kazim Update Status Mohon Ampun Maaf Dunia AkhiratDah banyak hari saya tidak update status.. Semalam sekitar jam 1ptg sy sgt tidak selesa, penat sgt2 dada pedih...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item