Tips Menarik

loading...

Penjelasan Rozana Selepas Awie Mendakwa Mengamal Perbuatan Syirik



SUSULAN dakwaan Awie bahawa isterinya, Rozana Misbun mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat, wanita itu menyifatkan tuduhan tanpa bukti itu memakan diri penyanyi itu sendiri.

Memetik mStar Online, Rozana menganggap cara suaminya itu sebagai tindakan yang terdesak dan cuba mengaibkan dirinya.

“Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?” soalnya.

Sebelum ini, Awie menerusi peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, dia menemui beberapa barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha di kediaman mereka di Ukay Bestari.

“Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.

“Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah,” ujarnya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah mengetepikan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada Awie pada Julai 2014 ke atas ketiga-tiga orang cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan Rozana Misbun selain diperintahkan untuk membayar kos RM5,000.

Lihat video dibawah Rozana bersemuka dengan media buat pertama kali


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

NADIYA NISAA DINASIHAT AGAR SEDIA HADAPI ZAMAN KEJATUHAN

PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nisaa menerima kata-kata nasihat daripada aktres Noorkhiriah agar sentiasa beringat dan bersedia untuk melalui zaman kejatuhan suatu hari nanti.Nadiya berkata, pelakon wa...

CHEF WAN HENTAM PASANGAN KAHWIN MUDA : "SILAP HARI, KENCING BERSELERAK LAGI !"

Chef Wan telah menyuarakan pendapatnya tentang berita perkahwinan remaja dalam usia yang muda. Paling terbaru adalah perkahwinan Muaz yang berusia 15 tahun.(Baca Sini).Chef Wan ternyata tidak setuju d...

MAHKAMAH SYARIAH KL PENUH KES CERAI, RUMAH TANGGA ARTIS

Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti.Antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut ada...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item