Tips Menarik

loading...

Mejar Zaidi Ahmad Pilih Pakatan Rakyat


Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.

“Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat tetapi parti mana….biarlah menjadi rahsia,” jelasnya kepada The Star melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Menjawab kepada laporan mengenai kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, Zaidi Ahmad berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut.

“Saya akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu.

“Jika tawaran sesuai, saya akan menerimanya,” kata Zaidi.

Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

“Buat masa sekarang saya mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku.

“Buku saya seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan saya ,” jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji.

Pada Isnin lalu, Zaidi Ahmad dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara.

Zaidi Ahmad  didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013.

Dan turut didakwa menyiarkan maklumat rasmi surat pemindahan tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.

Sumber: Mstar

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

BIADAP! Gambar Rosmah Mansor Diedit Menjadi Seekor Babi Hybrid

Gambar biadap diatas telah dipetik dari laman fanpage Friends of BN - Barisan Nasional di mana dilaporkan gambar diatas telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk memalukan...

Keluarga Anwar yakin proses pengampunan

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang mereka hari ini mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhubung sabitan dan...

Biadap ! Cina Di Singapura Hina Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

Sekeping gambar yang memaparkan gambar belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Yang di-Pertuan Agong & Permaisurinya tersebar di laman Facebook sejak semalam.Gambar yang dilukis oleh Vin...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item