Tips Menarik

loading...

Mayat Pelumba Haram Ditinggalkan Terbiar Ditengah Jalan


Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.

Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.

Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.

Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.

Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka. 

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya. 

Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain. - AFP

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

IBU MENANGIS SAMBIL MENGUTIP CEBISAN DAGING DAN OTAK ANAK LELAKINYA

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut. Dalam kejadian jam 9.30 pag...

VIDEO SECARA LANGSUNG KEMALANGAN NGERI 2 PEKERJA PETRONAS MAUT, SEORANG CEDERA DI DUNGUN

DUNGUN 26 Dis. – Dua pekerja Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong pagi tadi. Mangsa dikena...

[GAMBAR] 3 MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI DI BATU 9 SITIAWAN PERAK

Sitiawan: Tiga lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori satu tan yang mereka naiki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 9 Lekir, di sini, 9.30 pagi tadi. Jurucakap Balai Bomb...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item