[Video] Amalan Kejam Di China Memakan Daging Anjing & Kucing
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/01/video-amalan-kejam-di-china-memakan.html
CHINA – Amalan kejam yang diamalkan oleh peniaga kaki lima yang menjual daging anjing dan kucing di sepanjang sungai Xi, berjaya didedahkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan.
Binatang berkenaan akan dibunuh dengan cara kejam, selepas pelanggan membuat bayaran untuk menikmati daging segar.
Anjing dan kucing itu dimasukkan ke dalam karung guni sebelum dihumban ke dalam sungai untuk dilemaskan.
Bangkai binatang itu kemudiannya dilapah dan dimasak di hadapan pelanggan.
Namun peniaga berkenaan menyifatkan cara membunuh haiwan tersebut adalah berperikemanusiaan.
“Ada pelanggan yang mengadu mereka berasa sedih apabila melihat haiwan dibunuh di depan mereka, jadi kami menggunakan cara ini dengan melemaskan binatang itu di dalam sungai.
“Mereka tidak akan dapat menyaksikan bagaimana binatang itu mati kerana ia berada di dalam guni yang dihumban ke sungai untuk dilemaskan,’’ kata salah seorang peniaga.
Susulan laporan media yang mengejutkan itu, pihak berkuasa di Foshan mengumumkan akan membasmi kegiatan berkenaan apatah lagi daging binatang tersebut disifatkan sebagai tidak sihat.
Ini kerana binatang berkenaan mungkin dijangkiti penyakit.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI