Tips Menarik

loading...

"Cekik Darah" Pusat Perubatan Caj RM7000 Jahit Luka Di Dagu


Kuala Lumpur – Seorang mangsa kemalangan jalanraya yang datang ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan diminta mendapatkan rawatan di tempat lain atas alasan kos perubatan yang bakal dikenakan oleh pusat perubuatan berkenaan agak mahal berbanding dengan kos di hospital kerajaan.

Menurut Zatul Aniza Yusoff, salah seorang ahli keluarga mangsa, dia telah membawa mangsa, yang juga anak saudaranya, ke pusat perubatan berkenaan pada Ahad lalu yang terletak di Seremban.

Namun, setelah diperiksa oleh doktor yang bertugas di pusat perubatan berkenaan, dia kemudian dimaklumkan oleh doktor tersebut bahawa luka yang dialami oleh anak saudaranya itu terlalu dalam dan tidak boleh dirawat dengan prosedur yang biasa.

“Menurut doktor, anak saudara saya tidak boleh dirawat di situ kerana anak saudara saya tidak mempunyai sebarang skim perlindungan insurans.

“Menurutnya kos perubatan (yang bakal dikenakan) sekitar RM7,000 kerana luka tersebut terlalu dalam dan tidak boleh dijahit dengan mengunakan prosedur biasa serta memerlukan surgeon ,X-ray, pembedahan kecil dan sebagainya” ujarnya memetik laporan dari Suara.tv

Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan doktor berkenaan, Zatul segera membawa anak saudaranya ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik tiba di hospital Tuanku Jaafar, jururawat yang bertugas bertanya kepada saya mengapa tidak mendapatkan rawatan pusat perubatan tersebut?

“Namun sebaik sahaja saya maklumkan mengenai jawapan yang diberikan oleh doktor yang bertugas itu mereka terkejut dan hanya mampu tersenyum” ujarnya lagi.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

CERITA SEBENAR USTAZ YANG TEMUI JENAZAH AHMAD RAFIKIN YANG HILANG 3 HARI

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi. Allahyarham Ahmad...

TERKINI. PELAJAR HILANG DITEMUI TELAH MENINGGAL DUNIA

Pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, telah ditemui pada hari ke 4 kehilangannya.  Hulu Terengganu : Man...

VIDEO LELAKI GAGAH. KAHWIN SEBANYAK 62 KALI, MAKAN BARA API, RUMPUT, DAGING MENTAH DAN KACA

Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah.Lelaki i...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item