Tips Menarik

loading...

Kesan Kegemukan Terhadap Kehamilan & Tips Mengatasinya


Hal ini disebabkan kerana jaringan lemak mencetuskan pengeluaran hormon estrogen secara berlebihan yang akibatnya membuat hormon menjadi tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang inilah yang nantinya akan mengganggu kitaran ovulasi

Bagi anda yang mengalami kegemukan mungkin selalu menagalami kitaran haid yang tidak teratur. Inilah salah satu kesan dari ketidakseimbangan hormon tadi. Tapi jangan bimbang, ini bukan bermakna wanita dengan berat badan berlebihan tidak boleh hamil. Anda harus optimis dan harus boleh menjadikan ini sebagai motivasi untuk berusaha hamil

Tips pertama yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan kehamilan adalah dengan menurunkan berat badan dan mengubah pola pemakanan yang salah. Kajian membuktikan penurunan 5-10% daripada berat badan boleh meningkatkan ovulasi spontan untuk kemungkinan kehamilan hingga 60% wanita dengan kelebihan berat badan

Untuk keadaan berat badan berlebihan ini, sangat saya anjurkan untuk melakukan usaha menurunkan berat badan dengan cara sihat. Cara yang sihat di sini maksudnya bukan dengan cara-cara segera yang akan menurunkan berat badan anda dengan drastik. Ingat, penurunan berat badan yang drastik boleh menyebabkan perubahan hormonal yang berpotensi mengganggu fungsi sel telur anda

Anda perlu menurunkan berat badan dengan kaedah yang sihat. Anda harus menjaga pola makan, pola rehat dan bersenam secara rutin. Perlu diingat bahawa faktor hormon sangat memainkan peranan dalam kesuburan wanita jadi anda perlu menurunkan berat badan anda secara beransur-ansur

Anda boleh memulakan diet dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Dalam hal ini yang paling penting adalah kurangkan hidangan nasi atau jenis karbohidrat, gula, roti, kentang serta makanan yang mengandungi tepung. Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan

Anda juga digalakkan untuk bersenam secara teratur contohnya berjalan kaki selama 30 minit setiap hari.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 5453973803947099884

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item