Tips Menarik

loading...

22 Maut Termasuk Rakyat Malaysia Dalam Tragedi Bot Karam


Wisma Putra mengesahkan seorang rakyat Malaysia dilaporkan hilang dalam kejadian bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze berhampiran Bandar Jingjiang, Wilayah Jiangsu, China, kelmarin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra menyatakan ia menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai sedang mendapatkan maklumat lanjut dari pihak berkuasa China berhubung kejadian ini.

Dalam kejadian pada tengah hari kelmarin, beberapa orang pekerja yang berada di dalam bot terbabit dilaporkan hilang apabila bot berkenaan karam ketika menjalankan ujian pelayaran.

Pihak berkuasa mengesahkan 22 orang mati dalam kejadian bot tunda karam semasa pelayaran ujian dengan pasukan asing di timur China selepas anggota penyelamat menarik bot berkenaan ke kawasan cetek dan mencari mangsa.

Empat rakyat Singapura dan masing-masing seorang rakyat India, Indonesia, Jepun dan Malaysia adalah antara mereka yang lemas dalam nahas di Sungai Yangtze itu, manakala 14 lagi adalah rakyat China.

Tiga mereka yang diselamatkan adalah warga China.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Rumah terbakar gara-gara Nutella

< 1 / 1 >LONDON - BRITAIN. Gara-gara coklat Nutella, sebuah rumah di Twickenham, di sini mengalami kebakaran teruk termasuk mengakibatkan kematian seekor anjing pemilik rumah...

PENJENAYAH MAUT DIREMPUH TRELER

ALOR GAJAH: Dua lelaki dipercayai penjenayah warga asing berusia 20 dan 30-an maut selepas dirempuh dua treler ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kilometer 216.2 Lebuh Raya Utara...

FUHH SELAMAT MALAYSIA TIADA SALJI

GENEVA: Tiga rakyat Itali maut dan dua lagi cedera apabila mereka dihempap runtuhan salji ketika bermain ski di kawasan dikenali sebagai "Death Valley" di Banjaran Alps, Switzerland, kata polis.Polis ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item