Tips Menarik

loading...

Terkini : Video 7 Rentung Kemalangan Bas Di Tapah Kerana Langgar Tayar


Tapah: Sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk tujuh rentung dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.

"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.

"Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

Bas berkenaan dinaiki 31 orang dan setakat ini tujuh penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu bas maut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Sementara itu, 21 cedera dan dua lagi selamat.

Beberapa mangsa yang parah kini dipindahkan ke HRPB untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai: 
  1. Lim Soo Lan, 59
  2. Tan Ah Ba, 65 
  3. Tan Chan Hing, 49
  4. Aw Ah Poh, 56 
  5. Tan Ah Baa, 64
  6. Ong Ah Yook, 58
  7. Sin Ah Guat, 54

Bagaimanapun, pemandu bas yang belum dikenal pasti identitinya.

Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

VIDEO RAKAMAN CCTV WANITA MAUT DIREMPUH TROLI DI PASARAYA

Memang ianya merupakan suatu mimpi buruk apabila seorang wanita warga emas berusia 60 tahun telah terbunuh apabila sebuah troli bermuatan  330 pound yang sarat dengan pelbagai barangan runcit mer...

PESAWAT TERHEMPAS KANAK-KANAK PEREMPUAN REDAH HUTAN SEJAUH TIGA BATU MENDAPATKAN PERTOLONGAN

Seorang kanak kanak perempuan Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah batu merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas pesawat ringan yang dpandu bapanya terhempas, Jumaat ...

PEGAWAI POLIS DITEMUI MATI DALAM TANDAS IBU PEJABAT POLIS BALING DENGAN KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

Baling: Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) maut dengan kesan tembakan di kepala di bilik air di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, di sini, hari ini.Sumber polis berkata, mayat koperal lelaki berus...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item