Tips Menarik

loading...

[9 Gambar] 7 Rentung Dalam Kemalangan Bas Di Tapah


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di  KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.

Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang.



loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

JIKA AJAL SUDAH MENJEMPUT

Alor Gajah: Bayi lelaki berusia 20 bulan maut selepas dihempap kereta ayahnya dalam kemalangan di Kilometer 201.4 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, semalam.Dalam kejadian 5.30 petang itu, Muhammad A...

Dato` Rosyam Noor Terlibat Dengan Kemalangan

KUALA LUMPUR, 20 FEB 2015: Pelakon dan penerbit popular tanah air, Dato` Rosyam Noor telah terlibat dalam satu yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Anta...

KARNIVAL BERTUKAR TRAGEDI

WARIS mengecam mayat ahli keluarga. - Foto EPAPORT-AU PRINCE: Sekurang-kurangnya 16 maut apabila kabel bervoltan tinggi menghempap peserta perarakan karnival di sini hari ini yang disaksikan ribuan pe...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item