Tips Menarik

loading...

BETULKAH PENAMPILAN OGY MENCACATKAN PERSEMBAHAN KUMPULAN JALOR ?


Minggu kelapan MLM2014 dengan tema artis undangan pada minggu ini menyaksikan hanya lapan peserta berentap untuk berebut tempat ke pentas final dan seterusnya muncul juara MLM 2014.

Namun rata-rata menyifatkan persembahan Jalor agak mengecewakan dengan penampilan Ogy Ahmad Daud yang disifatkan sebagai punca utama ia menjadi hambar. 

Ogy yang membawakan watak dari filem Azura dilihat gagal memberikan mutu persembahan yang diharapkan kerana lebih menonjol berbanding peserta utama. 

Datuk Jalaluddin Hassan ketika memberikan komennya mengatakan persembahan Jalor malam tadi agak terganggu. 

“Saya tak tahu (kumpulan Jalor) sedang (buat) apa, sedang acting atau dalam watak. 
“Tiba-tiba jadi A. Galaklah jadi itulah dan benda-benda itu menggangu saya” ujarnya sebelum memberikan kumpulan Jalor, tiga bintang.


Tinjauan SuaraTV mendapati, ramai pengguna media sosial menyifatkan kehadiran Ogy bukan sahaja tidak membantu mewujudkan unsur lawak di dalam persembahan tersebut malah ada yang merasakan ia agak ‘over’. 

“Tidak dinafikan Ogy, merupakan pelakon versatile namun kehadiran beliau malam ini over” ujar Zainal Abdul Majid di laman faceboknya. 

Manakala menurut Suriati Junsi Albar, Ogy telah mencacatkan persembahan Jalor. 

Seterusnya Zaini AB merasakan kumpulan Jalor mungkin akan disingkirkan pada minggu ini. 

Nizam Cappunkz mengatakan ‘Jalor lawak dia kurang sikit..masuk ogy hilang trus lawaknya..spoilkan mood lawak la dia ni..over sgt..’. 

Tiga kumpulan yang berada pada tangga terendah Jalor, SYJ dan Virus. 

Namun juri Nur Fazura mengumumkan tiada kumpulan yang disinggirkan pada minggu ini. 

MLM 2014 masih menggunakan khidmat empat juri tetap iaitu dua dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. 

Sistem penghakiman juga masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. 

Juara MLM 2014 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000. 

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Syarikat MLM Dakwa Eira Syazira Dan Azad Terima RM200,000

Terbaru ‘Eira Syazira Dan Azad Jazmin Buat Laporan Polis Isu Penipuan Rania Marketing‘ demi membersihkan nama pasangan tersebut. Hati mana yang tidak tahan apabila menjadi mangsa penipuan syarikat Ran...

Fazura Terima Jika Berjodoh Dengan Taufik Batisah, Akui Serasi Berkawan

Jika sebelum ini, Fazura sendiri mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan Taufik Batisah malah ada juga usikan nakal gambar perbualan mereka yang mengatakan mereka sudah ber...

Justin Bieber Malaysia

Siapa yang masih masih ingat dengan Linda Jasmin? Wanita kacukan matsalleh, yang juga merupaka isteri kepada pelakon Que Haidar ini terkenal kerana menjadi guru tari rasmi bagi rancangan realiti TV Ak...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item