Tips Menarik

loading...

Dipecat Selepas Ponteng Kerja Selama 24 Tahun


New Delhi: Seorang penjawat awam di India akhirnya dipecat selepas 24 tahun tidak datang bekerja.

Kali terakhir Jurutera AK Verma datang bekerja ialah pada Disember 1990.

Dia diberhentikan dua tahun kemudian selepas siasatan mendapati dia mengingkari arahan supaya datang bekerja.

Bagaimanapun, ia mengambil masa 22 tahun lagi untuk memecatnya, itu pun selepas seorang menteri Kabinet campur tangan.

“Dia datang untuk melanjutkan cuti, tetapi tidak dibenarkan malah dia turut mengingkari arahan untuk datang bekerja,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan.

Undang-undang buruh India, yang menurut Bank Dunia paling rumit di dunia, menyukarkan tindakan untuk memecat kakitangan atas sebab lain selain jenayah.

Beberapa negeri, termasuk Rajasthan dan Madhya Pradesh, baru-baru ini meminda undang-undang bagi memudahkan pengambilan serta pemecatan kakitangan, tetapi mendapat tentangan daripada kesatuan pekerja. - Agensi

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Jom Lihat Kekayaan Raja Dadah Mexico Yang Pasti Buatkan Anda Teruja

Several years ago, a Mexican drug lord’s house was busted. This is what they found inside it.This drug lord had a gun collection bigger than most museum’s.A cash pile this size is approximately $200 m...

Rumah Ini Kelihatan Aneh Dari Luar Tapi Bahagian Dalamnya Pasti Anda Kagum

More densely populated countries such as Japan, the problem of space is a very real one. That why Japanese architects have set up the ‘Tiny House Movement’. Mizuishi Architects Atelier have designed a...

Fakta Penting! Jangan Biarkan Anak Anda Tanpa Sarapan Pagi.

Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu. Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item