Tips Menarik

loading...

Kanak-Kanak Ini Menjadi Satu-Satunya Murid Tahun 1 Yang Mendaftar


Dia satu-satunya murid tahun satu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Ambor, Juasseh, dekat sini bagi sesi 2015 yang bermula hari ini.

Menurutnya ibunya Norfazilah Mat Aripin, 33, dia tidak menyangka dan terkejut apabila dimaklumkan bahawa anaknya menjadi murid tunggal tahun satu di sekolah itu.

Katanya, dia menganggap ia cabaran kepada Muhammad Daniel Haiqal dan yakin pengalaman selama dua tahun ketika menuntut di prasekolah akan memberikan pengalaman kepada anaknya untuk mengharungi situasi di dalam kelas.

“Alhamdulillah, saya lihat dia tidak menghadapi masalah dan Daniel juga sudah pandai membaca. Semua ini berkat menuntut di prasekolah ketika berusia lima dan enam tahun di SK Juasseh Tengah,” katanya ditemui di SK Pasir Ambor, di sini.

Sementara itu, Guru Besar SK Pasir Ambor, Nasarudin Zainal berkata, ini kali kedua sekolahnya menerima hanya seorang murid tahun satu dan kali pertama pada 2007.

“Pada tahun ini, jumlah keseluruhan pelajar di sekolah ini adalah seramai 39 orang berbanding pada tahun lalu seramai 40 orang, manakala murid tahun satu pada tahun lalu seramai tujuh orang berbanding hanya seorang pada tahun ini,” katanya. - Harian Metro
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Nora Danish lapor polis

uala Lumpur: Pelakon Nora Danish akan membuat laporan polis berikutan penggunaan gambarnya dalam satu rakaman video di YouTube oleh empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk menyerang mahkamah malam ...

Empat maut, kereta bertembung lori

Muar: Empat lelaki terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan lori satu tan, dalam kejadian di Batu 12, Jalan Bukit Mor , Bakri, dekat sini.Dalam kejadian 1.40 petang itu, ke...

Mahathir Bakal Pengganti Anwar?

Satu saranan luar biasa dibuat oleh ahli PKR meminta parti itu melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang.Cadangan tersebut dilakukan sel...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item