Tips Menarik

loading...

LELAKI INI TIDAK MENYEDARI KEPALANYA TERTUSUK PISAU SELAMA 3 JAM DAN BELIAU MASIH HIDUP


Agua Banca (Brazil): Seorang pemandu teksi dikatakan bernasib baik kerana masih hidup walaupun ditikam di kepalanya ketika bergaduh di sebuah bar.

Kejadian berlaku kelmarin, ketika Juancelo Nunes de Oliveira, 39, berparti di bar di Agua Banca.
Dia terbabit dalam satu pergaduhan menyebabkan dia ditikam tiga kali di dada dan sekali di kepala.

Anehnya, dia hanya menyedari pisau berkenaan tertusuk menembusi tempurung kepalanya hingga ke tulang rahang kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Dia dihantar ke sebuah hospital berhampiran tetapi dipindahkan ke sebuah pusat kecemasan di Teresina, 100 kilometer dari tempat kejadian.

“Pisau itu tertusuk di kepalanya tetapi dia tidak menyedarinya. Kami percaya dia terkejut dan mungkin kerana mabuk menyebabkan dia tidak menyedari pisau itu berada dalam kepalanya,” kata pakar bedah, Dr Gilberto Albuquerque.

Gambar sinar-X menunjukkan pisau itu menembusi kepalanya dan menjulur di belakang mata kirinya.

Menurut Albuquerque, pisau itu terhenti pada tulang rahang bawah.
“Dia bernasib baik kerana masih hidup,” kata Albuquerque.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

13 GAMBAR TYPO MEDIA-MEDIA MALAYSIA PASTI MEMBUATKAN ANDA TERGELAK

Hari ni, kami bawakan beberapa keratan gambar typo yang dilakukan oleh media arus perdana di Malaysia.1 - Gembira Terima ...2 - Kesian pokok getah3 - No komen..4 - Yang ni bukan typo, salah terus.5 -...

JOM BACA KISAH BEKAS PENARI BOGEL DITUDUH PENGGANAS SELEPAS PELUK ISLAM

Claire Birkill merupakan seorang penari bogel. Saban hari, saban malam, perempuan berusia 37 tahun itu, tak pernah luput dari kelab malam tempat dia berpesta, mabuk dan menari telanjang demi wang.&nbs...

VIDEO DAN GAMBAR ORANG RAMAI BEREBUT WANG TUNAI SEJUMLAH RM15 JUTA RINGGIT BERTERABUR DI LEBUHRAYA

HONG KONG: Orang ramai yang menggunakan sebatang jalanraya di Hong Kong semalam telah berpesta mengutip duit sebanyak 35 juta Dollar Hong kong atau RM35 juta yang berterabur di atas jalan tersebut.&nb...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item