Tips Menarik

loading...

Mayat Nahas QZ8501 Membawa Bakteria Berbahaya Yang Memakan Daging Tubuh Manusia


PANGKALAN BUN – Usaha membawa keluar baki puluhan mayat dari bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah bukan sahaja berdepan dengan kesukaran bentuk geografi dan cuaca buruk.

Malah lebih ditakuti petugas penyelamat dan pasukan forensik pelbagai negara ialah isu kesihatan diri sendiri selepas mereka mendapati mayat-mayat yang baharu ditemui turut membawa bersama-sama banyak bakteria berbahaya kepada tubuh manusia.

Perkara itu disahkan Pengarah Hospital Daerah Sultan Imanuddin di sini, Suyuti Syamsul ketika ditemui pemberita yang mengakui faktor masa akibat lambat ditemui mungkin menjadi punca kenapa mayat terbabit diselimuti dengan pelbagai bakteria maut.

“Jika manusia terkena bakteria tersebut, dia pasti akan mati kerana ia amat bahaya setelah dijangkiti, perlahan-lahan bakteria itu akan ‘makan’ daging tubuh manusia,” katanya merujuk secara umum sebagai nama saintifik Necrotizing fasciitis.

Suyuti menjelaskan, bakteria itu mampu berpindah kepada perumah baharu menerusi cairan dari mayat dan sebagai langkah berwaspada, semua laluan koridor hospital yang akan dilalui troli pengusung mayat tersebut akan ditutup kepada orang ramai.

Petugas perubatan yang mengusung mayat selain pasukan forensik untuk melakukan kerja-kerja pengecaman identiti mangsa juga wajib memakai pelindung tubuh lengkap dengan jaket, seluar, cermin mata, sarung tangan dan kasut khas kalis cecair.

Selain bakteria maut itu, ada lagi sejenis bakteria lain yang pasti menempel pada mayat iaitu Escherichia coli atau E. coli dan ia memang sudah berada dalam tubuh manusia namun jumlahnya akan naik berjuta-juta sebaik tubuh langsung tidak berfungsi.

E-coli menurut Suyuti, berfungsi membantu tubuh dalam pencernaan di saluran usus kerana jika ia tiada, makanan akan mengambil masa amat lama untuk dihancurkan, manakala tugas lainnya ialah melawan bakteria ‘jahat’ lain yang bersifat parasit.

“Tukang cuci hospital kena siap siaga setiap kali mayat tiba kerana mereka perlu segera cuci cairan kuning pekat yang mengalir ke lantai dari tubuh jenazah, kami bukan hanya risau E. coli biasa, tetapi bakteria lain yang tidak kami tahu,” kata Suyuti. – Agensi
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

DENGAR RAKAMAN PERCAKAPAN JURUTERBANG QZ8501 DENGAN PUSAT KAWALAN YANG DIBOCORKAN

Jakarta: Rakaman percakapan dipercayai antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) Juanda, Surabaya dibocorkan oleh seorang pengguna internet menerusi aplikasi...

HAJAT MANGSA QZ8501 MAHU MENGHABISKAN MASA DI LAUT SEORANG DIRI TIDAK KESAMPAIAN

Siapa sangka, hajat seorang pemilik kedai fesyen warga Indonesia untuk menyambut hari lahir dengan berlayar berseorangan menaiki kapal mewah bertukar menjadi mimpi ngeri untuk keluarganya.Pemilik The ...

LUAHAN SEDIH ANAK JURUTERBANG QZ8501 TERHADAP TUDUHAN YANG MENYALAHKAN AYAHNYA PUNCA KEMALANGAN

Sudahlah kehilangan ayah dalam tragedi pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terhempas di lautan, kini dipersalahkan pula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Hampir kesemua pihak menunding j...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item